Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan izinNya Majlis Jamuan Pengawas Sekolah MAWAR 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah pada 16 Disember 2025 (Selasa) bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada barisan Pengawas Sekolah. Jamuan ini bukan sekadar makan bersama tetapi juga tanda penghargaan atas segala usaha, komitmen dan pengorbanan para pengawas sepanjang tahun 2025. Daripada menjaga disiplin, membantu guru, hingga menjadi contoh kepada rakan-rakan, setiap langkah anak-anak pengawas telah memberi makna besar kepada sekolah.
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengetua MAWAR, Muallimah Wardah, kemudian sesi bergambar para guru dengan anak-anak pengawas dan seterusnya menikmati juadah hidangan yang disediakan oleh pihak hotel. Berkumpulnya para guru dan pengawas menjadi ruang untuk sama-sama mengenang perjalanan sepanjang tahun sambil mengukir memori indah yang akan dikenang sampai bila-bila.
Terima kasih kepada semua pengawas yang sentiasa berdiri teguh menjalankan amanah. Teruskan menjadi contoh teladan yang terbaik buat rakan-rakan yang lain. Tidak lupa juga buat para guru yang banyak membantu di belakang tabir. Tahniah diucapkan kepada semua! Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk terus maju, bukan sahaja sebagai pengawas tetapi juga sebagai pemimpin masa depan. Syabas!
