Alhamdulillahi rabbil βalamin, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat, taufik dan hidayah-Nya, MADRASAH AL QURAN WAL ARABIYYAH (MAWAR) sekali lagi melakar kejayaan yang amat membanggakan dalam peperiksaan SPM 2025 dengan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) 4.13.
Firman Allah SWT: βDan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah akan melihat amalan kamuβ¦β (Surah At-Taubah: 105).
Ayat ini menjadi cerminan kepada usaha gigih dan pengorbanan para pelajar yang telah berjuang dengan penuh iltizam, kesabaran dan tawakal.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon SPM 2025 atas kejayaan yang diraihβsesungguhnya kejayaan ini adalah hasil usaha yang disertai doa dan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT.
Lebih membanggakan, kejayaan ini turut disinari dengan kecemerlangan rohani yang luar biasa. Daripada 24 orang calon, seramai 5 orang telah berjaya mengkhatamkan hafazan 30 juzuk al-Quran, manakala 18 orang lagi telah mencapai hafazan sehingga 15 juzuk.
Sabda Rasulullah SAW: βSebaik-baik kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.β
Pencapaian ini jelas membuktikan bahawa warga MAWAR bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah unggul dari sudut sahsiah, akhlak dan keimanan.
Kejayaan yang dicapai serta peningkatan prestasi yang konsisten saban tahun dalam SPM merupakan bukti nyata komitmen tidak berbelah bahagi pihak sekolah, barisan pengurusan, serta para guru yang mendidik dengan penuh keikhlasan, kesabaran dan kasih sayang.
Mereka bukan sekadar menyampaikan ilmu, bahkan membentuk jiwa dan peribadi anak-anak agar menjadi insan yang berilmu, beramal dan bertaqwa.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada para ibu bapa dan waris yang sentiasa memberikan kepercayaan, doa yang tidak pernah putus, serta sokongan yang berterusan kepada pihak sekolah.
Sesungguhnya, doa ibu bapa adalah antara kunci keberkatan dan kejayaan anak-anak.
Akhir kata, marilah kita terus memanjatkan doa agar kejayaan ini diberkati dan menjadi asbab kepada kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan. Semoga anak-anak MAWAR terus istiqamah dalam menuntut ilmu, menghiasi diri dengan akhlak mulia, serta menjadi generasi rabbani yang memberi manfaat kepada ummah.
βΨ±Ψ¨ΩΩ Ψ²ΩΨ―ΩΩΩΩ ΨΉΩΩΩΩ
ΩΨ§ ΩΩΨ§Ψ±ΩΨ²ΩΩΩΩΩΩ ΩΩΩΩΩ
ΩΨ§β
Yang benar,
UMMI WARDAH
Pengetua Mawar